Jawab Ucapan Salam Wajib Hukumnya

Sunday, November 22, 2009

Bondaku Dijemput Ilahi

tepat 10.00 pagi 16hb 11 2009(isnin). Bondaku dikejarkan ke icu Hospital Tengku Anis Pasir Puteh Kelantan. Manakala aku mendapat berita pukul 11.00 pagi ketika dalam perjalanan ke A Famosa Resort dari Bandar Hilir Melaka. Aku sebenarnya mengikuti rombongan murid ke bandar Melaka selama 2 hari 1 malam.
Setelah mendapat berita tersebut dan telefon acap kali berbunyi menyampaikan khabar ttg bondaku.. hatiku tidak tenang dibuatnya. tengah hari bondaku dikejarkan sekali lagi ke Hospital Kota bharu dari hospital Tengku Anis. Keadaan bondaku semakin kritikal.. hatiku berdegup kencang memikirkan keadaan bondaku.. seminggu sebelum..aku menghubungi bondaku bertanya khabar. pada masa itu bondaku tidak berapa sihat dan demam akibat kepenatan dan ditambahkan pula penyakit sedia ada iaitu penyakit kencing manis dan darah tinggi. bonda memberitahuku darah tingginya mencecah 200 lebih... dan aku nasihatkan supaya mengambil ubat megikut arahan doktor.
Abang aku yang tinggal di seremban datang menjemputku di A Famosa Resort dan terus menghantarku ke kajang. Apabila sampai di kajang pukul 3.30 aku bersiap untuk berangkat pulang ke kelantan untuk melihat keadaan bondaku. sebaik aku keluar dari taman kenari aku dihubungi abangku yang lain mengatakan bondaku telah kembali ke rahmatullah.. bonda..bonda..hatiku memanggil dan aku teruskan memandu dengan linangan air mata. hatiku cukup sebak ketika itu... dan aku berdoa semoga aku sempat melihat bondaku.. aku terus memecut dalam keadaan hujan lebat sepanjang perjalanan.
Tepat 12.30 tengah malam aku selamat tiba di kelantan di Pasir Puteh dan terus naik dan mendapatkan bondaku.. ku kucup muka bondaku sambil hatiku merintih dan sebak. ku doakan dan membaca ayat suci al-qur'an ku sedekahkan pada bondaku tercinta.. Engkaulah mutiara hatiku ibu..tanpamu..aku hilang arah untuk mengadu..
tepat 3.30 pagi, kami adik-beradik memandikan jenazah ibu dan kafankan ibu. dan aku berdoa semoga Allah merahmati dan mengampunkan jenazah bondaku.. tepat waktu subuh kami membawa ke masjid untuk disembahyangkan jenazah bonda. sesudah itu aku mengiringi bondaku ke tanah perkuburan. Aku dan Abang -abang yang lain masuk ke liang lahad untuk menyambut jenazah bonda dari atas. dan kami meletakkan bonda perlahan-lahan ke tanah untuk disemadikan buat selama-lamanya...
kami sedih dan sebak, hatiku hanya berserah pada Allah semoga Allah merahmati dan menyayangi bondaku.. Ya Allah ampunilah dosa-dosa ke dua-dua orang tuaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka meyayangiku semasa aku kecil hingga dewasa. amin..amin..Ya Rabbal 'alamin. al-fatihah.

Tuesday, November 10, 2009

Kelantan tewas 1-3 Kepada Negeri Sembilan

Itulah adat permainan, ada yang kalah dan ada yang menang. Yang kalah jangan kecewa dan berputus asa serta menghukum,
manakala yang menang jangan sombong dan mendabik dada kerana bola itu bulat.

Kemenangan tidak selalu bersama kita walaupun kita telah merancang, berusaha bersungguh-sungguh kerana yang terjadi semuanya dengan izin Allah... renungkanlah saudara bahawa Dunia ni Allah ciptakan hanya tempat persinggahan yang sementara.

Beramallah dengan ilmu dan bertaqwa dengan pakaian keimanan semoga jiwa kita tidak dikawal oleh emosi dan marah. Tenangkan diri, muhasabah kekurangan dan kesilapan, maksiat dijauhkan..berusaha dan berdoa.

InsyaAllah hidup kita akan tenang dan bahagia. lupakanlah dendam di antara kita jalinkan ukhuwwah persaudaraan Islam, jernihkanlah suasana dan ambillah yang jernih serta buangkan yang keruh dalam pergaulan seharian kita sementara kita masih bernyawa.. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan jangan engkau abaikan kami walaupun sesaat jua... amin..amin Ya Rabbal 'alamin.

Sunday, November 1, 2009

Cuti Hujung Minggu









Semalam tanggal 1hb November 2009 (Ahad). Selepas mengambil sarapan pagi, saya dan keluarga keluar menuju ke Zoo Negara Kuala Lumpur. Kami bertolak dari rumah pada pukul 10.30 pagi dan sampai di sana tepat pada pukul 11.05 pagi. apabila sampai serta terus meninjau keadaan sekeliling dan meninjau bayaran parking kereta dan di dapati mencecah RM4.20 sehari.

Seterusnya kami ke kaunter tiket untuk masuk ke dalam melihat binatang-binatang yang terdapat di dalamnya. harga masuk seorang dewasa RM20.00 dan harga seorang kanak-kanak berumur 3 tahun sehingga 12 tahun berharga RM6.00 serta kamera video jika dibawa masuk dikehendaki membayar rm15.00. Setelah selesai membayar untuk 2 orang dewasa, 1 kanak-kanak serta kamera video maka barulah kami dibenarkan masuk. apabila masuk betapa indahnya kedengaran suara burung-burung berkicauan yang dapat didengari melalui pembesar suara sahaja..

Tempat pertama kami lawati adalah tempat ular sawa batik.. seandainya mahu bergambar dengannya dikehendaki membayar RM15.00. Tetapi kami hanya melihat dari jauh sahaja..kerana melihat saiz ularnya yang besar..terasa geli untuk memegangnya.. seterusnya kami dapat melihat Zirafah. Sekali tengok macam patung kerana tak bergerak.. tetapi rupanya betul-betul punya... tingginya, besar dan cantik. sebelahnya pula ditempatkan Gajah. Ya Allah.. besarnya gajah ini.. gajah ini dirantaikan kakinya supaya tidak terlepas.

Seterusnya kami ke tempat Bird House. dalam perjalanan ke big house, kami bertemu dengan burung Emu, binatang ini nampak agresif sedikit, mungkin ia terasa terancam dengan kehadiran tetamu yang mereka tidak kenali..he..he.. kemudian kami juga bertemu dengan binatang yang bernama Kanggaru.. nampaknya tak payah ke Australia selepas ini.. jinak aje binatang ini.seterusnya kami ke tempat kijang, rusa, seladang, singa, harimau belang, harimau bintang, monyet, unta dan reptilia yang lain.

Setelah penat berjalan.. kami berhenti untuk membeli makanan. Anak-anak hendakkan makanan ringan lalu saya belikan.. saya membeli dua makanan ringan untuk along dan adik. harga RM4.50 setiap satu.

Terdetik di hati saya..betapa mahalnya harga makanan di dalam Zoo Negara. Seandainya dibandingkan dengan kedai runcit di luar harga hanya RM1.80 sahaja. itulah hakikat manusia yang terlalu menekan dan mengambil kesempatan ke atas manusia yang lain. Apa tidaknya, parking kereta perlu dibayar, masuk ke dalam zoo pun kena bayar, nak bergambar pun kena bayar, bawa kamera pun kena bayar, nak makan pun harga 3 kali ganda beza. Air tin harga rm2.50 sehingga RM3.00 satu. Kalau difikirkan atas alasan apa yang menyebabkan mereka menjual mahal. mungkin sewa tempat mahal, atau saje nk ambil kesempatan agar dapat untung besar. Wallaahu a'lam.

Kami berada di dalam Zoo sehingga jam 2.00 petang. itu pun terasa penat kaki melangkah.. selama 4 jam berjalan... namun hati terasa puas kerana dapat melihat pelbagai jenis binatang yang belum pernah dilihat sebelum ini di depan mata. kami sekeluarga bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk melihat kecantikan makhluk-makhluk ciptaanNya. Isteri dan anak-anak gembira dan tersenyum puas... Syukur Al-hamdulillah.

Harapan saya, ambillah peluang untuk bercuti dan berhati-hati dengan golongan yang suka mengambil kesempatan di atas kesempitan kita..