Jawab Ucapan Salam Wajib Hukumnya

Friday, December 31, 2010

EMAS : Simpanan, pelaburan dan perniagaan

>> WAN MOHD WAZIR BIN WAN ABDUL WAHAB

Faktor yang mempengaruhi emas

>> WAN MOHD WAZIR BIN WAN ABDUL WAHAB

KOLEKSI TERBARU EMAS PG 250G

Dibuka untuk tempahan SEKARANG !

Info ringkas :

  • harga spread : sekitar 4.5% sahaja utk customer biasa dan dealer emas Pg dalam 2.5% sahaja

  • rupa bentuk adalah sebagaimana yg ditunjukkan

  • assayer dan ketulenan masih sama seperti emas-emas PG yang lain, cuma rupa sahaja yg berbeza

JADILAH PENGEDAR EMAS PG YANG PERTAMA DENGAN HANYA BELIAN 1 KEPING EMAS PG 250G !

>> WAN MOHD WAZIR BIN WAN ABDUL WAHAB

Berakhirnya episod ASB 2010 dengan bonus 8.75%

" BUKTINYA DI SINI "

Ni bandingan untung ASB 2010:

bonus ASB 8.75%, cara nak kira untung ASB setahun adalah:

8.75% ditolak dengan peratusan inflasi setahun 4% = baki 4.75%

Baki 4.75% ditolak pula dengan zakat setahun 2.5% = baki 2.25%...

so jawapannya..simpan rm200k dlm akaun ASB pada tahun lepas, untung setahun yang kita dapat hanyalah 2.25% setahun = rm4,500.00 je  daripada rm17,500.00 je atas 8.75% setahun yang dapat (hakikat yang sebenarnya)...so what?

KALAU JADI MASTER DEALER EMAS PUBLIC GOLD BOLEH DPT 2% (KOMISYEN) DALAM MASA 1 HARI...TAK PAYAH NAK TUNGGU SETAHUN...HAHAHAHAHAHAHA

TAPI

keuntungan harga Emas adalah 25-45% setahun

Inflasi ? emas mana lekang dek inflasi

zakat ? 45% - 2.5% = baki 42.5%

kalau simpan emas dengan harga rm200k pada awal tahun 2010

untung yang kita dapat adalah = rm90k setahun...tu kalau kita kira keuntungan maksimum...

cuba kita ambik yg paling minimum iaitu 25% setahun..untung yg kita dpt adalah = rm50k setahun..

masih tak percaya...cuba test dgn beli 1 dinar emas yg harganya kini sekitar rm650++....semua org mampu beli kan?..simpan setahun..tgk kenaikan harganya...insyaallah anda akan menyesal seumur hidup sebab simpan sedikit sahaja emas....

RUJUK KATA-KATA PAKAR PASAL EMAS - link

>> WAN MOHD WAZIR BIN WAN ABDUL WAHAB

Harga Emas Tinggi mulai 2011, belilah emas sekarang !

>> WAN MOHD WAZIR BIN WAN ABDUL WAHAB

EMAS, EMAS, EMAS

Fakta Jongkong Emas :
1. Ketul logam emas berbentuk empat segi.
2. Jongkong emas dihasilkan dengan kira-kira 99.999% emas.
3. Setiap jongkong mempunyai Sijil Ketulinan yang disahkan oleh Certified Assayer.
4. Ada jongkong emas dgn berat 10g, 20g, 50g, 100g, 1kg.
5. Jongkong terlalu tebal mungkin mengandungi kurang emas 916.
6. Jongkong paling popular adalah emas 916 dan 999.

perbandingan

Harga Emas Public Gold LAWAN Harga Emas FGJAM

OK. Cuba tuan/puan tengok. Emas mana harganya paling murah?

FGJAM ini adalah Persatuan Pekedai Emas Malaysia.

Harga barang-barang kemas di kedai-kedai emas seluruh Malaysia (WAH CHAN, HABIB, POH KONG DLL) adalah tertakluk kepada harga persatuan ini.
Fakta :
- Beli barang kemas, susut nilainya 25%
- Beli wafer emas / dinar emas, susut nilainya 5%
- kalau jadi dealer PUBLIC GOLD, susut nilai emas yg dibeli hanya 3%
- Mana yang untung? mana yang anda patut pilih dan beli?
BELI EMAS DENGAN ILMU, INSYAALLAH KITA MAMPU BERJAYA

>> WAN MOHD WAZIR BIN WAN ABDUL WAHAB

Sunday, September 12, 2010

Adik Afif Syauqi bin Abdul Rahman (11 tahun ) murid SK. Leftenan Adnan Kajang.

 

SHAH ALAM – Keseronokan lima kanak-kanak lelaki bermain di landasan kereta api Sungai Chuah, Kajang, semalam berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya maut dipercayai diheret kenderaan awam berkenaan.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Shakaruddin Che Mood berkata, mangsa dikenali sebagai Afif Syaufi, 11, maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.

 
“Ketika kejadian, mangsa bersama empat rakannya yang berusia dalam lingkungan 11 dan 12 tahun sedang bermain sebelum Afif diheret kereta api yang melalui landasan terbabit.


“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut saksi yang enggan dikenali, dia melihat dua kanak-kanak melintasi landasan itu, tetapi tiga lagi rakannya termasuk Afif tidak sempat untuk berbuat demikian sebelum mangsa diheret kenderaan berkenaan.


“Mereka bertiga terperangkap di tengah antara dua landasan sebelum dua kereta api dari kedua-dua arah tiba dan mengheret mangsa.

“Dua lagi rakan mangsa selamat, namun kelihatan menangis dan trauma selepas kejadian,” katanya.

Tuesday, August 24, 2010

BEBERAPA KESILAPAN MUSLIM KETIKA RAMADAN

 

‎1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, mak...an dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu.. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : 'sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu' (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. 'Sahur' itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.


Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ' dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar' (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : 'Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :' Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu' ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)


4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya 'Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam'. (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.


5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa . Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.


6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, 'Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat'. (Riwayat al-Bukhari)


8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)


11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram , samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.


Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)


Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.


13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : 'Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi' ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.


إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : 'Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak' ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Saturday, August 21, 2010

Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7645816

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:


· Malam Pertama:

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat:

Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam:

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh:

Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan:

Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan:

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh


Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.

Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata:

Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi
kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut
dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam
hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai

dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Tuesday, August 17, 2010

Friday, August 13, 2010

Muhaqqiq Anba': Antara Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Muhaqqiq Anba': Antara Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi: "Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan pa..."

Friday, July 2, 2010

Benarkah Selembar Bulu Mata Mampu Menyelamatkan Kita??

 

Assalamualaikum W.B.R..
Percayakah anda selembar bulu mata mampu menyelamatkan kita?Ada yang tak percaya?Ada yang merasakan saya yang menulis ni gila?Baiklah..saya ada satu kisah yang ingin dikongsi untuk sama-sama kita bermuhasabah diri..yang mana silap sama kita perbaiki insya'Allah..

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak,ada seorang hamba Allah sedang di adili.Dia dituduh bersalah kerana menghabiskan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.Tetapi beliau berkeras membantah.."Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benarSaya tidak melakukan semua itu."

Malaikat membalas,"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerukuskan dirimu sendiri ke dalam lembah dosa." Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan,lalu ke segenap penjuru.Tetapi anehnya,tiada seorang saksi pun yang dilihat di sekelilingnya dan hanya dia keseorangan disitu.Maka ia pun menyanggah,

"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.'' "Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat.
Tiba-tiba mata angkat berbicara,"Saya yang memandangi".
Disusuli oleh telinga,"Saya yang mendengarkan."
Hidung pun tak tercicir,"Saya yang mencium."
Bibir pula mengaku,"Saya yang merayu."
Lidah menambah,"Saya yang mengisap."
Tangan meneruskan,"Saya yang meraba dan meramas"
Kaki menyusul,"Saya yang melarikan diri ketika ditangkap"

"Nah kalau ku biarkan seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu."ujar malaikat.Orang tersebut tidak dapat membantah lagi.Beliau berputus asa dan amat berduka sebab sebentar lagi dia bakal dihumbankan ke dalam neraka jahanam.Padahal dia merasakan dia telah bebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu,tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya;"Saya pun ingin mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan",kata malaikat. "Terus terang saja,menjelang ajalnya,pada suatu tengah malam yang lengang ,aku pernah dibasahinya dengan air matanya ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya."

"Bukankah apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya,namun sudah diharamkan dirinya ancaman api neraka?" "Maka saya,selembar bulu matanya,berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu,orang tersebut di bebaskan dari neraka dan di hantarkan ke syurga.Sehingga terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:
Lihatlah! Hamba Allah ini masuk syurga kerana kesaksian selembar bulu mata yang menyaksikan dia bertaubat dan kembali kepada Pencipta-Nya..
Subhanalllah...

Kenapa Kita Kena Solat?? Penting Ke? Malas Betul La...

Assalamualaikum W.B.T..

Mungkin ada di kalangan anda yang akan tersentak bila terbaca tajuk blog kali ni..Hilang akal apa penulis ni tapi di harapkan anda semua membaca penulisan kali ni sehingga habis insya'Allah..Yang mana silap harap diperbetulkan dengan segera..
Ok..cuba bayangkan seseorang melontarkan persoalan di atas kepada anda.Kalau adik2 kecil bertanya boleh dimaafkan kerana mungkin diorang tak mengerti apa-apa tapi apabila seseorang yang dah akil baligh meluahkan statement tersebut,apa reaksi anda semua?? Sama-samalah kita bermuhasabah diri...
APA KEBENDA SOLAT TUE??

Saya bukanlah untukmenjadi tenaga pengajar tetapi sedikit ilmu ini dapat kita manfaatkan bersama insya'Allah..Ok..Solat atau dalam istilah orang Melayu,sembahyang adalah amalan yang disyariatkan oleh umat Islam.Solat pula ada yang wajib dan ada yang sunat.Kenapa umat Islam diwajibkan solat?Persoalan seperti ini sering ditanyakan oleh manusia,sama ada orang yang beragama Islam dan orang yang bukan Islam.
Jawapan kepada persoalan itu berkait rapat dengan prinsip asas aqidah atau kepercayaan orang Islam.Prinsip yang paling penting ialah manusia perlu tahu asal usulnya dan tujuan kewujudan manusia itu sendiri.
Manusia dan alam semesta serta isinya adalah ciptaan Allah S.W.T..Betul tak?Jangan meragui kenyataan in kerana Allah S.WT telah memberi bukti 'prima facie' di dalam firman-Nya pada surah Al-Sajadah(32) ayat ke 4 hingga ayat ke 9.Anda boleh rujuk pada kitab suci Al-Quran.Sambil kita berinteraksi kita boleh menghayati isi kandungan Al-Quran..2 in 1 lagi.
Allah juga berkuasa menjadikan,menghidupkan dan mematikan manusia sebagaimana didlam firman yang bermaksud:
''Katakanlah(Muhammad),"Wahai manusia! Sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah bagi kamu semua,Yang memiliki kerajaan langit dan bumi;tidak ada tuhan(yang berhak disembah melainkan Dia,Yang menghidupkan dan mematikan,maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya,(yaitu)nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimatnya(kitab-kitabnya).Ikutilah dia,agar kamu mendapat petunjuk.
Lihatlah betapa agungnya kebesaran Allah S.W.T.Setiap apa yang terjadi diterangkan dengan jelas di dalam kitab suci Al-Quran.Disebabkan begitu gagahnya Allah,manusia seratus peratus bergantung kepada-Nya.Maka,hanya Allah SAHAJA yang berhak disembah dan hanya Allah SAHAJA tempat manusia meminta pertolongan..Ada sesiapa yang rasa lagi 'power' daripada Allah?Nauzubillah...
APA YANG ALLAH PERLUKAN DARIPADA KITA?
Allah tak perlukan apa-apa daripada kita dan segala makhluk yang wujud kerana Allah memiliki segala-galanya.Macam2 ada pada Allah S.W.T.Hanya manusia yang perlu memberikan fokus sepenuhnya kepada Allah S.W.T kerana manusia bukan sahaja hidup di dunia ini tetapi akan hidup di alam yang lain iaitu syurga atau neraka.Perjalanan hidup manusia yang begitu jauh dan susah memerlukan bimbingan dan petunjuk yang tak putus-putus.Kalau kita cakap kita ada mak ayah yang boleh tolong kita,memang betul tapi SAMPAI BILA?? Ada yang cakap mereka ada "mata air" yang kononnya sehidup semati tapi kalau buah hati 2 berpaling hati,adakah kita baru terhegeh-hegeh mencari Ilahi?Tak ada yang kekal selamanya melainkan Allah S.W.T
Atas sebab itulah kita mempunyai tanggungjawab mengabdikan diri kepada Allah S.W.T seperti dalam firmannya yang bermaksud:"Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk mereka beribadat kepada-Ku."..Ya! Memang semua orang ada keinginan tersendiri.Ada yang nak pergi belajar kat luar negara,ada yang nak bersukan mewakili negara dan ada jugak nak jadi jutawan untuk menaikkan bangsa tapi adakah itu matlamat utama semata-mata?Tidak salah untuk mencapai keinginan itu semua tapi bila mana keinginan Allah tidak dilaksanakan,itulah yang menjadi barah dalam umat Islam sekarang ni!
Apabila di ajak berjemaah di surau,inilah alasan yang selalu kita terima..
'Ha..pergi dulu pergi dulu! Nanti aku 'follow'.."
"Aku sembahyang dalam bilik je la... Aku tunggu dalam bilik k.."
Bukan niat untuk memburukkan sesiapa tapi ni la realiti masyarakat Islam kita khususnya anak muda.Merka menganggap perkara aqidah ini hanya sebagai dendangan halwa telinga je bukan untuk mengambil intipati dan manfaat atas peringatan yang diberi.Bila di ajak ke arah satu kebaikan,berpeluh-peluh memberi alasan yang berpuluh banyaknya..
ALLAH S.W.T NAK JUMPA KITA 5 KALI SEHARI JE KAT DUNIA NI!

Allah mewajibkan umat Islam mendirikan solat lima waktu(Subuh,Zuhur, Asar,Maghrib dan Isyak)dalam sehari.Maknanya Allah nak bertemu dengan manusia sebanyak lima kali sehari je.Apa darjat kita sehingga ada di kalangan kita sanggup menolaknya sedangkan Allah memberi waktu yang cukup fleksibel untuk menunaikan suruhan tersebut.
Subuh adalah permulaan manusia akan melihat dunia pada hari itu sebaik terbit fajar siddiq,Zuhur adalah waktu untuk berehat dan makan,Asar adalah waktu akan berakhirnya siang dan habis kerja.Maghrib pula adalah solat pada permulaan malam manakala Isyak adalah waktu istirehat yang paling panjang dan sesuai untuk mengadap Allah.Jadi apa alasan kita untuk minta 'excuse' nak elak solat??
Atas arahan inilah kita wajib melaksanakan kehendak Allah itu supaya kita sentiasa mengingatinya sebagaimana firmannya yang bermaksud:"Hendaklah kamu tunaikan solat untuk ingat kepada-Ku"(Surah Taha:13)
Wassalam

Monday, June 14, 2010

PeRiStiWa SePaNjAnG BuLaN ReJaB*

 

Bismilahirrahmanirrahim,, dgn namaNYA aku mulakan bicara,,

Pengertian Rejab

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan.

Masyarakat jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah :

1. Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra’ dan Mi’raj

Isra’ dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t .

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’ mengatakan pada 27 RabiulAkhir, sebahagian  mengatakan pada 17 RabiulAwwal, sebahagian yang lain mengatakan pada  29 Ramadhan,  ada yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak disertai dengan alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama’.

3.Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Maqdis

Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a

Nama sebenar Imam As-Syafie r.a ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie. Diantara peniggalan Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab Al-Umm.

wallahua'lam,,
nurislamfiqalbi,,

Tuesday, June 1, 2010

Melepaskan ikatan syaitan

 

imagesCAKXSWQE Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a : Nabi Saw bersabda, “Apabila seseorang tidur , syaitan membuat tiga ikatan di tengkuk orang itu. Pada setiap ikatan, syaitan itu berkata, “tidurlahdengan nyenyak, malam masih panjang,” jika orang itu bangun, lalu dia berzikir kepada Allah, lepaslah satu ikatan. jika dia berwudhu’ lepaslah dua ikatan jika dia solat, lepaslah semua ikatannya. setelah itu, orang itu menjadi bersemangat dan jiwanya bagus. kalau tidak demikian, orang itu berjiwa jelek dan malas.

(hadith soheh muslim)

Awal doa

doa

Dari Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah mendengar seorang yang berdoa, tetapi dia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini, kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulai dengan mengucapkan puji-pujian kepada Tuhannya yang Maha Suci, selanjutnya membaca salawat kepada Nabi s.a.w. seterusnya bolehlah dia berdoa dengan apa yang dikehendakinya. (HR Termidzi)

Tuesday, May 4, 2010

BORAK BERFAEDAH…

SAJE..SAJE..test, ingat tak zaman kite kecik..internet tkde ade apatahlagi komputer..tv pun black and white…  itu pun orang kaya aje yang mampu beli..kite nie kalau nk tengok tv mesti p menumpang umah jiran-jiran… maknanya hubungan antara jiran rapat..skrg, semua ade..so..engkau umah engkau , aku umah aku.. manusia..manusia…

Tuesday, April 27, 2010

Saturday, April 24, 2010

Monday, April 5, 2010

Kisah Ayat Kursi

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Aku ditugaskan Rasulullah saw. untuk menjaga hasil zakat pada bulan Ramadhan. Tiba-tiba datanglah seseorang kepadaku, dan mengambil sedikit dari zakat itu. Maka aku menangkapnya seraya berkata, 'Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah.' Orang itu berkata, 'Biarkan aku, sesungguhnya aku orang miskin, punya banyak anak.' Maka aku pun melepaskannya.

Pada keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Aku menjawab, 'Ya Rasulullah, dia mengadukan kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku membebaskannya.'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya orang itu berdusta kepadamu, dan dia akan kembali.' Saya sedar bahwa orang itu akan kembali karena Rasulullah saw. mengatakannya. Maka aku pun mengintipnya. Ternyata dia datang untuk mengambil makanan. Maka aku menangkapnya lagi seraya berkata, 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah saw.' Dia berkata, 'Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku sangat susah dan punya keluarga yang banyak, saya tidak akan kembali.' Maka aku pun merasa kasihan dan membebaskannya lagi.

Keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang telah dilakukan tawananmu kelmarin?'Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia mengadukan kemiskinan dan jumlah keluarganya yang banyak, maka aku pun jatuh kasihan dan membebaskannya lagi.'Nabi bersabda, 'Sesungguhnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan kembali.'

Maka pada yang ketiga kalinya aku mengintipnya. Dia datang mengambil makanan. Segera aku menangkapnya seraya berkata: 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah Ini adalah yang ketiga kalinya. Kamu mengatakan bahwa kamu tidak akan kembali, namun nyatanya kembali lagi.' Dia berkata, 'Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang dengannya kamu akan beroleh manfaat dari Allah.'

Saya bertanya: 'Kalimat apakah itu?' Dia berkata: 'Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah ayat kursi. 'Maka Allah akan senantiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi.'Maka akupun membebaskannya. Keesokan hari, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Apa yang telah dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia telah mengajariku beberapa kalimat yang dengannya Allah akan memberiku manfaat, maka aku pun melepaskannya.' Beliau bertanya, 'Kalimat apakah itu?' Saya menjawab, 'Dia berkata kepadaku, 'Apabila kamu akan tidur, maka bacalah ayat kursi.' Dia berkata kepadaku, 'Allah akan senantiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekati mu hingga pagi.

'Maka Nabi saw. bersabda, 'Dia telah berkata benar kepadamu, walaupun sebenarnya dia adalah pendusta. Hai Abu Hurairah, tahukah dengan siapa kamu berbicara selama tiga malam itu?' Saya menjawab tidak. Nabi bersabda, 'Dia adalah syaitan.'" (HR Bukhari)

Saturday, February 27, 2010

Tarikh Lahir Sebenar Nabi Muhammad S.A.W

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi PenyayangPuji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Di antara cuti umum yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia ialah pada 12hb. Rabiul Awwal kerana ia dianggap sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul).

Pihak Darul Quraan Was Sunnah berasa bertanggungjawab untuk membincangkan persoalan ini demi memperbetulkan tarikh lahir Baginda SAW yang ditetapkan sebagai cuti umum itu kerana tidak ada ertinya kita merayakan sesuatu hari jika ia tidak menepati hari yang dimaksudkan itu dengan tepatnya.

Apalagi kalau diterima juga tarikh wafat Nabi SAW sebagaimana dipercayai umum pada 12hb. Rabiul Awwal. Keadaan ini tentunya menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi SAW dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi SAW.

Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hariperkabungan-nya? Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi SAW berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas.

Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya.

Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah. (Taqribut Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jld. 2, hal. 144) Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi SAW dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibnu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya.

Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya. Imam Nasa'i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, "Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu'tazilah."Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Sa’id Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, "Dia seorang dajjal". (Mizanul I’tidal, Imam Zahabi, jld. 3, hal. 468-475). Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.

Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb. Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin 'Aini. (Al Bidayah wa An Nihayah, jld. 2, hal. 260-261).

Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi SAW hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari Isnin pada bulan berkenaan Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan.

Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya. Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah: · Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah SAW iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad SAW ketika itu berusia 63 tahun. ·

Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi. · Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi SAW jatuh pada tahun 571M.

Berdasarkankira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M. · Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi SAW, walau-bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal. Mereka hanya berselisih tentang tarikh di antara 8 hingga 12 haribulan dalam bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M.

Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas. Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori Bik di dalam Nurul Yaqin (hal. 6), Safiyyul Rahman Al Mubarakpuri di dalam Ar Rahiqul Makhtum (hal. 54), 'Allamah Sibli Nu'mani di dalam Siratun Nabi (jld. 1, hal. 176), Maulana Abul Kalam Azad di dalam Rasul Rahmat (hal. 37) dan lain-lain.

Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad SAW pula, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulama hadis dan sirah perlu diletakkan dihadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu: · Tahun kewafatan Baginda SAW ialah 11H.·

Dalam bulan Rabiul Awwal. · Antara 1hb. hingga 12hb. · Hari Isnin. (Sahih Muslim, jld. 8, hal. 51-52). · Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada' pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll). ·

Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAW adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j. 11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari). Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda SAW seperti berikut:

1. Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30 hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal.

2. Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2, 9 atau 16hb. Rabiul Awwal.

Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi SAW ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M Berdasarkan fakta-fakta yang telah kami kemukakan,

pihak kami berharap agar ketetapan hari lahir Nabi Muhammad SAW yang ditentukan sebagai hari cuti umum itu dikaji dan diubah kepada tarikhnya yang sebenar kerana amatlah malang dan memalukan sekali kita orang-orang Islam jika kita merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi SAW padahal ia bukanlah harinya yang sebenar.

(Dipetik dari Siri Risalah Suluhan terbitan Darul Quran Was Sunnah dengan sedikit pindaan)

Thursday, February 25, 2010

Banyakkan berselawat Pada Nabi Muhammad S.A.W

Hari ini adalah hari cuti yang diberi oleh Kerajaan Malaysia sempena menyambut ulangtahun kelahiran Nabi S.A.W. yang diambil sebagai hari Maulud Nabi 12 Rabiul awal. Namun yang sebenarnya tarikh kelahiran Nabi Muhammad setelah dibuat kajian demi kajian dan pengiraan oleh para ulama serta kajian dari ahli santis bahawa 12 rabiul awal pada masa nabi dilahirkan sebenar jatuh kepada hari khamis pada tahun itu. Yang bertepatan Nabi dilahirkan pada tarikh 9 rabiul awal tahun gajah. kerana pada tarikh ini jatuh pada hari Isnin. para ulama sepakat nabi dilahirkan pada hari isnin dan pada tahun gajah serta pada bulan rabiul awal tetapi mereka khilaf dalam menentukan tarikh yang tepat.

Pada hari umat Islam terutamanya Malaysia kan berarak beramai-ramai sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang kita ingati,sanjungi, kasihi kerana Nabi muhammad adalah utusan allah yang membawa agama yang benar di sisi Allah untuk membimbing dan menyelamatkan umat manusia daripada hanyut dalam kegelapan dan kesesatan Iblis dan bala tenteranya.

Namun apa yang penting bagi saya, ingatan dan selawat kepada nabi tidak seharusnya dilakukan setahun sekali. Kerana, Nabi amat sayangkan umatnya.. sehingga memberi nasihat dan pesanan kepada kita supaya menjaga solat dan menunaikan solat. Seharusnya kita berselawat ke atas nabi setiap masa dan saat kerana dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W kita akan diberi Syafaat di hari Akhirat. Sesungguhnya kita tidak layak untuk Syurga Allah di atas segala kemaksiatan dan kealpaan kita didunia yang sering dilakukan dan lupa kepada Allah Yang Maha Kaya.

Firman Allah yang bermaksud :

" Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha(sungguh-sungguh), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan kamu da memasukkan kamu ke dalam taman-taman syurga yang mengalir dari bawahnya sungai-sungai..........) ( surah at-tahrim 66: 8)

Ayuh teman-temanku..marilah kita bersama-sama memperbaiki diri dan mohon ampun dengan Allah dan berusaha mendekatkan diri dengan kekasih Allah iaitu Rasulullah seterusnya yang pasti kita akan dekat dengan Rabbul i'zaati.

Thursday, January 28, 2010

Dijemput Pulang

Hari ini selepas pulang dari meeting, isteriku memberitahuku tentang berita kematian jiranku, ku bertanya siapakah gerangan jiranku itu. apabila diberitahu bahawa yang dijemput pulang itu adalah bapa saudara kepada anak muridku yang bernama Amira, bekas anak muridku tahun lepas. Sesudah itu, selepas asar aku pergi melawat keluarganya untuk mengucapkan takziah kepada seisi keluarganya.
Diceritakan kepadaku bahawa arwah ini baru mencecah umur 36 tahun. dikatakan terbabas seorang diri, keretanya merempuh besi pagar highway di bandar teknologi kajang malam semalam pada pukul 8.00 malam.
saya teringat dengan satu teka teki yang pernah diceritakan oleh imam al-ghazali kepada anak muridnya. Apakah benda yang paling dekat dengan kita? maka anak muridnya menjawab dengan pelbagai jawapan yang maujud. maka imam al-ghazali menjawab bahawa semua jawapan yang diberikan itu betul.. tetapi jawapan yang paling tepat adalah.. mati.
kematian adalah benda yang paling dekat dengan kita kerana semakin jauh kita pergi maka kematian semakin hampir kepada kita. semakin jauh masa berlalu, maka saat kematian semakin hampir dengan kita. Semakin berumurnya kita maka kematian semakin mendekati kita.
kesimpulanya, setiap makhluk yang bernyawa pasti merasai saat kematiannya.. wahai kawan-kawanku, beristigfar dan bertaubatlah kita kepada Allah di atas segala dosa yang kita lakukan supaya Allah merahmati jenazah kita apabila kita dijemput pulang menemui Allah yang Maha Besar.

Wednesday, January 27, 2010

Kita HambaNya

Kita hambaNya
Dari Anas bin Malik r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hambaNya yang mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) sesudah makan dan minum." (Sahih Muslim)

Allah sangat suka bila kita memujiNya.
Allah sangat suka bila kita ingat kepadaNya.
Allah sangat suka bila kita meminta minta kepadaNya.
Allah sangat suka bila kita menyahut seruanNya.
Allah sangat suka bila kita menjauhi laranganNya.
Allah sangat suka bila kita menjunjung perintahNya.
Allah sangat suka bila kita menyembahNya.
Allah sangat suka bila kita sujud kepadaNya.
Allah sangat suka bila kita menyedari kita adalah hambaNya.

Monday, January 25, 2010

25 Nasihat Luqmanul Hakim Kepada Anaknya

1.Wahai anakku:ketahuilah,sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,banyak manusia yang karam ke dalamnya.bila engkau ingin selamat,agar jangan karam,layarilah lautan itu dngan SAMPAN yang bernama TAQWA,ISInya ialah IMAN dan layarnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2.Orang2 yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah.Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain,dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.

3.Wahai anakku,sandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu,maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.

4.Wahai anakku,orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah,maka dia tawaddu' kepada Allah,dia akan lebih dekat kepada Allah selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.

5.Jauhkan dirimu dari berhutang,kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6.Dan selalulah berharap kepada Allahtentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah.Takutlah kepada Allah dengan sebenar benar takut(taqwa),tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.

7.Wahai anakku,seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal2 yang tidak benar.Ketahuilah,memindahkan batu besar daripada tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8.Wahai anakku,engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat,tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga(jiran) yang jahat.

9.Wahai anakku,janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan.Maka bila tidak ada orang yang cerdik,sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10.Jauhilah sifat dusta,sebab dusta itu mudah dilakukan,bagaikan memakan daging burung,padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11.Wahai anakku,bila engkau mempunyai dua pilihan,takziah orang mati atau hadir perkahwinan,pilihlah untuk menziarahi orang yang mati,sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12.Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan,kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13.Wahai anakku,janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu,kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum menimbulkan kesengsaraan.

14.Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang yang taqwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para 'alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15.Wahai anakku,bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya.Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar,maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya,padahal ia masih mahu menambahkannya.

16.Wahai anakku,bilamana engkau mencari sahabat sejati,maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah.Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha mengingatkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai sahabat.Bila tidak demikian,maka berhati-hatilah.

17.Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu,dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18.Wahai anakku,bila engkau berteman,tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19.Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian dan mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riyak yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20.Wahai anakku,janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja.Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21.Wahai anakku,usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata2 yang busuk dan kotor serta kasar,kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.Kalau berbicara,usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22.Wahai anakku,janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan,janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti,janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu,janganlah mensia-siakan hartamu.

23.Barangsiapa yang penyayang tentu akan disayangi,sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun,dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24.Wahai anakku,bergaulah rapat dengan orang yang 'alim lagi berilmu,perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata2nya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25.Wahai anakku,ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja,dan nafkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.Janganlah engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka,kelak akan membinasakan dirimu.

Friday, January 22, 2010

Bilakah Rasulullah S.A.W Berhijrah Ke Madinah?


Setiap kali menjelangnya awal Muharram, kita semua akan diingatkan dengan peristiwa hijrah Rasul. Ini kerana peristiwa hijrah Rasul merupakan satu perkara yang sangat penting dalam sejarah, bukan sahaja kepada kita kaum muslimin, bahkan juga alam keseluruhannya. Betapa tidak, hijrah telah mengubah corak peradaban dunia. Dan kesannya masih boleh dilihat dan dikecapi sehingga hari ini.
Umat Islam telah menjadikan peristiwa hijrah Rasul sebagai permulaan tahun dalam kalendar Islam. Kerana itu, setiap kali tahun Islam disebut, ia akan dinyatakan dengan hijrah. Sebagai contoh: “tahun 1429H akan meninggalkan kita tidak lama lagi, dan tahun 1430H pula akan menyusul”. Huruf H yang diletakkan di hujung angka tahun itu adalah singkatan kepada hijrah, sebagaimana yang kita semua maklum.
Disebabkan permulaan tahun hijrah adalah pada bulan Muharram, mungkin ramai yang keliru dan menganggap bahawa hijrah Rasul berlaku pada 1hb Muharram. Sebenarnya hijrah Rasul bukanlah berlaku pada bulan Muharram, bahkan ia berlaku pada bulan Rabiul Awwal.
Syeikh Sofyurrahman al-Mubarakfuri menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. meninggalkan rumah pada malam 27 Safar tahun ke 14 daripada kenabian. Ia bersamaan 12 atau 13hb September 622M. Kemudian, baginda bersembunyi di dalam gua selama tiga malam, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dan pada malam Isnin, 1 Rabiul Awwal, bersamaan 16 September 622M, baginda berdua beredar meninggalkan gua bersama dengan Abdullah bin Uraiqith, yang memandu jalan.
Baginda sampai di Quba’ pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, tahun pertama Hijrah. Ia bersamaan dengan 23 September 622M. Baginda berada di Quba’ selama empat hari, iaitu hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Pada hari kelima, iaitu hari Jumaat, 12 Rabiul Awwal, baginda sampai ke Madinah.
(Ringkasan kitab ar-Rahiqul Makhtum, m/s 154-166).

Persoalannya, kenapakah hijrah dimulakan pada bulan Muharram, sedangkan hijrah Rasul berlaku pada bulan Rabiul Awwal? Sebenarnya, permulaan bilangan tahun hijrah, sekalipun dihitung bermula dengan hijrah Rasul, namun ia hanya bermula pada zaman pemerintahan Saidina Umar r.a. iaitu pada tahun ke 17 Hijrah. Ada juga yang menyatakan pada Rabiul Awwal tahun ke 16 hijrah[1].
Sebelum dari tarikh tersebut, umat Islam sudahpun mempunyai nama-nama bulan, namun mereka tidak menentukan tahunnya.
Terdapat banyak faktor yang mendorong Saidina Umar menentukan tarikh, antaranya ialah kerana kerana Saidina Umar menerima satu surat tentang pengumpulan harta, dan ia bertulis pada bulan Sya'ban. Beliau bertanya: Sya'ban yang mana satu, Sya'ban yang lepas, atau Sya'ban sekarang, atau Sya'ban akan datang? Ada juga yang menyatakan bahawa orang pertama yang menulis tentang tarikh ialah Ya’la bin Umayyah r.a..
Beliau telah menulis surat dari Yaman, kepada Saidina Umar dengan menulis tarikh, dan Saidina Umar menganggap baik perkara tersebut, akhirnya beliau ingin memulakan penentuan tarikh. Antara faktornya juga ialah Abu Musa al-Asy’ari telah menulis satu surat kepada Saidina Umar, menyatakan bahawa telah sampai kepada beliau banyak surat-surat daripada Saidina Umar tanpa tarikh (dan ini boleh menimbulkan kekeliruan). Lalu Saidina Umar mengumpulkan para sahabat untuk membincangkan tentang penentuan tarikh.

Setelah Saidina Umar r.a. mengumpulkan para sahabat untuk menentukan permulaan tarikh, timbul empat cadangan dalam menentukan permulaan tahun Islam. Empat perkara tersebut ialah daripada tarikh kelahiran baginda, atau dari tarikh baginda dibangkitkan menjadi rasul, dari tarikh hijrah atau dari tarikh kewafatan baginda. Lalu akhirnya mereka sepakat untuk menjadikan hijrah Rasul sebagai asas permulaan tarikh Islam.
Mereka tidak menjadikan tarikh kelahiran dan kebangkitan sebagai asas, kerana terdapat khilaf tentang bilakah kedua-dua peristiwa tersebut berlaku. Dan tarikh kewafatan pula, sekalipun jelas waktunya, adalah tidak sesuai dijadikan permulaan tarikh, kerana ia merupakan tarikh yang amat menyedihkan. Jadi tidak sesuai tarikh yang sedar diambil untuk diulang-ulangi sebutannya. Kerana itulah peristiwa hijrah adalah peristiwa yang paling sesuai untuk dijadikan asas permulaan tarikh. Kerana inilah, bila timbulnya pelbagai pendapat tentang bilakah asas yang sesuai untuk dimulakan tarikh,
Saidina Umar menyatakan kata-katanya yang masyhur,
الهجرة فرقت بين الحق والباطل، فأرخوا بها
“Hijrahlah yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan.
Maka jadikanlah ia asas permulaan tarikh”.

Berkata al-Imam as-Suhaili, para sahabat sebenarnya mengambil asas tahun hijrah berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah Ayat 108 yang bermaksud:
“Sesungguhnya masjid yang diasaskan di atas ketaqwaan (Masjid Quba’) sejak dari hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalamnya”.
Surah at-Taubah: 108. Terangnya lagi: “Ini kerana sudah jelas bahawa hari tersebut bukanlah hari pertama yang sebenar (permulaan umur dunia). Bahkan hari pertama yang disandarkan kepada sesuatu yang tidak dinyatakan dalam ayat tersebut, iaitu zaman pertama kemenangan Islam, dan zaman pertama Nabi s.a.w. boleh beribadah dengan aman (tanpa sebarang gangguan) dan zaman permulaan pembinaan masjid”. Kerana itulah sepakat para sahabat memulakan tahun Islam dengan tarikh hijrah, iaitu hari pertama Nabi s.a.w. dan para sahabat memasuki Madinah.
Dan setelah para sahabat sepakat untuk menjadikan peristiwa hijrah sebagai asas permulaan tahun Islam, mereka membincangkan pula, tentang dari bulan manakah kita akan mulakan perhitungan tahun. Maka timbullah pelbagai pendapat. Ada yang mencadangkan supaya dimulakan dengan rejab, dan ada pula dengan ramadhan. Namun Saidina Usman mencadangkan supaya dimulakan dengan bulan muharram. Antara alasannya ialah ia adalah bulan haram (bulan yang dihormati oleh masyarakat arab, kerana diharamkan berperang padanya), dan ia juga adalah masa kembalinya para jemaah daripada menunaikan ibadah haji.
Dan antara sahabat yang juga mencadangkan bulan muharram ialah Saidina Umar dan Saidina Ali. Akhirnya, mereka telah memilih bulan muharram sebagai permulaan tahun hijrah, dan bukannya rabiul awwal. Dan antara sebab yang mungkin paling tepat kerana memilih bulan muharram dan bukannya bulan rabiul awwal ialah, kerana permulaan keazaman untuk berhijrah adalah pada bulan muharram. Ini kerana perjanjian Aqabah berlaku pada bulan zulhijjah. Dan perjanjian tersebutlah yang membawa kepada peristiwa hijrah. Dan bulan pertama yang muncul setelah zulhijjah ialah muharram, kerana itu sesuai dijadikan muharram sebagai bulan pertama, kalendar tahun umat Islam.
Inilah sebahagian fakta yang berkaitan dengan persoalan tarikh hijrah. Semoga fakta ini, sedikit sebanyak menghilangkan kekeliruan tentang persoalan bilakah sebenarnya berlaku peristiwa hijrah Nabi s.a.w. Hijrah sebenarnya mengingatkan kita tentang pengorbanan dan matlamat perjuangan umat Islam. Hijrah juga menginsafkan kita bahawa kita sentiasa bergerak menuju Allah SWT. Kerana itu kita sentiasa perlu menambahkan kebaikan dan amal soleh kita.
Orang yang berhijrah adalah orang yang berusaha meninggalkan dosa-dosa dan maksiat. Dan perkara itu tidak akan tercapai melainkan dengan keazaman yang tinggi. Sama-samalah kita berhijrah kerana Allah untuk sampai kepada Allah. Dan ingatlah bahawa orang yang berhijrah sentiasa memerlukan bimbingan Allah dalam hijrahnya menuju Allah. Hijrah bukan kerana Allah adalh sia-sia,dan hijrah tanpa bimbingan Allah, tidak akan sampai ke destinasinya.

Sumber utama artikel ini ialah kitab Fathul Bari, Syarah Sohih Bukhari. (Kitab Manaqib al-Ansar, bab at-Tarikh, juz 7, m/s 341, 342).

[1] Berdasarkan peristiwa ini, kita berpendapat bahawa fadhilat yang dinyatakan dalam membaca doa awal tahun dan doa akhir tahun adalah palsu. Ini kerana pada zaman baginda, belum ditentukan lagi permulaan tahun. Dan tiada yang boleh menyatakan fadhilat seseuatu kecuali Allah dan rasulNya. Dan sesungguhnya agama Islam itu sudah sempurna. Dan amalan tersebut tiada dijumpai asasnya dalam kitab-kitab hadis.

Sunday, January 17, 2010

Masih Ada Yang Ambil Peduli


Hari ini tanggal 17hb januari 2008, aku tersedar dari tidur disebabkan deringan lagu telefon isteriku. pabila ku membuka mata ku lihat rupanya anak bongsuku sedang bermain-main dengan telefon umminya. ku pandang isteriku..rupanya dia telah bangkit awal dari tidurnya. ku tanya jam berapakan waktu ini. Isteriku menjawab jam telah menunjukkan pukul 3.30 pagi dan menyuruhku bangun dan bersiap.


Sebenarnya pada hari ini aku hendak menghantar adik isteriku ke airport LCCT. adiknya hendak pergi ke Miri, Sarawak. Penerbangan berlepas pukul 7.30 am dan dikehendaki masuk 1 jam setengah lebih awal. Apabila semua sudah siap kami sekeluarga bertolak pada pukul 4.15 dan sampai di sana tepat pukul 5.00 am.


Setibanya di sana, kami berehat sekejap dan mengambil tempat yang disediakan sementara menunggu untuk masuk. Apabila tiba masanya untuk checking tiket aku menyuruh adiknya dan isteriku serta anak-anak ikut serta ke balai berlepas sementara aku ke Surau untuk solat Subuh. Setelah selesai menunaikan kewajipanku maka aku menyusuri mereka dan berjumpa dengan mereka. di sana ku melihat keadaan sekeliling, betapa ramainya manusia untuk terbang ke destinasi masing-masing.


Sesudah selesai semuanya, kami semua ingin pulang,, tiba-tiba isteriku bertanya dimana dompetnya. diseluk poket jubahnya kiri dan kanan tetapi tiada. wajahnya berubah kebimbangan akan dokumen yang penting yang terdapat didalamnya.


Isteriku terus mencari ditempat duduk yang kami mula-mula sampai tadi dengan cepat dengan harapan dapat menjumpainya semula, dan aku menjaga anak-anakku dan menyusurinya dari belakang. Apabila sampai di sana ku melihatnya sedih dan cemas kerana dompetnya tiada.

ku menasihatinya agar lain kali berhati-hati kerana ini bukan pertama kali berlaku padanya.

sementara menunggu hari siang, aku duduk dibelakang kerusi yang kami duduk apabila tiba seawal pagi tadi, sambil memerhati gelagat isteriku yang berulang alik mencari dompetnya.


......tiba-tiba seorang lelaki warga indonesia menyapaku dan berkata adakah isteriku kehilangan dompet dan aku menjawab iya..iya. kemudian dia terus bertanya pada isteriku. dia mengatakan ada tukang sapu yang mengambilnya dan memang dia memerhatikan dari awal kami sampai sampai ke saat itu.


Kemudian dia dan bersama seorang wanita yang turut sama menyaksikan kejadian itu, terus membawa kami berjumpa dengan tukang sapu tersebut. mereka ingatkan tukang sapu itu mahu menyerahkan kepada pihak yang berwajib tetapi sebaliknya.


Apabila disoal kepada tukang sapu yang tidak tahu berbahasa melayu berbangsa India, akhir dia pergi ke satu sudut dan membuka bungkusan kain dan mengeluarkan dompat isteriku.

apabila diperiksa semua dokumen yang penting masih lagi ada tetapi semua wang tidak ada. jumlah wang yang ada tidaklah banyak namun kami bersyukur kerana di atas pertolongan warga indonesia terbait dan seorang saksi wanita itu. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang masih ada yang mahu ambil peduli tentang musibah yang kami hadapi. Terima kasih, syukur pada Allah.


Friday, January 1, 2010

Salam Tahun Baru 2010


Assalamualaikum semua..

setelah 40 hari aku tidak mengaktifkan penulisanku di ruangan blog kerana bercuti dikampung dan ditambah pula ketiadaan line internet, maka pada hari ini aku diberi kesempatan untuk kembali mencoret sedikit nasihat dan ingatan untuk diriku sendiri dan teman-teman dan anak-anak muridku.


Pertama sekali aku mengucapakan syukur kerana masih lagi diberi nikmat dan kesempatan hidup di awal tahun 2010 pada hari ini. hari ini merupakan hari baru dan hari yang pertama dalam tahun 2010 masihi bersamaan 15 Muharam 1431H. ini bermakna segalanya kita semestinya berazam untuk melakukan perkara yang lebih baik pada hari ini berbanding semalam apatah lagi ketika saat kita menyambut sambutan tahun baru 2010 mahupun sambutan tahun baru Islam.


Ini kerana, matlamat hidup kita masih lagi sama iaitu mencari keredhaan Allah di dunia dan Akhirat. oleh itu, sempena tahun baru ini marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan suruhanNya dan meninggalkan segala suruhanNya. Tinggalkan segala dosa-dosa yang kita lakukan sebelum ini dan mohonlah ampun ke pada Allah. SesungguhNya Allah Maha Pengampun Dan Maha Penyayang.


Dan Sempena tahun baru ini juga marilah kita sama-sama menanam sikap untuk lebih maju dan bersemangat dalam apa jua bidang tugas yang kita pikul, supaya kerja yang dihasilkan dan disempurnakan itu dapat memuaskan hati kita dan orang lain. Apa yang penting, semua yang kita lakukan hendaklah niat kerana Allah. Mulakan tugas dengan menyebut namaNya dan ucaplah syukur padanya apabila sempurna.