Siapa merak siapa pipit... persoalannya disini mengapa sering timbul membesarkan diri. Mengapa kita berdabit dada dengan apa yang kita miliki. Mengapa kita sering memandang serong kepada orang lain. Adakah kita memiliki sesuatu menyebabkan timbul perasaan sedemikin. Mengapa juga kita sering bercakap yang kita mampu segalanya... sedangkan kita tidak mampu untuk mencapai sesuatu.
Jika kita renung dan ingat kembali nasihat Lukman kepada anaknya sudah pasti kita akan tunduk dan merenung semula diri yang penuh dengan kehinaan ini. Ini merupakan nasihat Lukman kepada anaknya: " dan janganlah kamu memalingkan wajahmu daripada manusia (kerana sombong dan bongkak) dan janganlah berjalan di muka bumi ini dengan angkuh. sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang- orang yang sombong dan membanggakan diri".
kesilapan yang lalu boleh diperbetulkan. Jgn kita rasa kita tidak mampu membuangkan sikap mazmumah ini. sikap yang dibenci dan terkutuk ini. Sikap ego juga sering berangkaian dengan sikap sombong ni. Melalui sikap sombonglah akan melahirkan sikap ego ataupun kibr ini. Apabila sikap ego menyelubungi diri, nasihat siapa pun tidah mahu didengar lagi, merasakan diri merak sedangkan ia pipit, walaupun merak lawa, cantik ia tidak mampu terbang tinggi mcm si pipit. begitulah juga nafsi yang ada kekurangan dan kelemahan masing2.
Yang lemah sebenarnya kita boleh tampung dengan nasihat orang lain bukan seperti kita membutakan mata dan memekakkan telinga sahaja. Sikap merak jga boleh kita kaitkan dengan sikap ego yang tinggi merasakan diri sendiri sahaja yang betul. Hati mahu, perasaan menutup rasa itu jadinya egois. mengapa kita membiarkan sikap ego ibu segala mazmumah menguasai diri.
Sebenarnya kita tanamkan di dalam jiwa ataupun kalbu perasaan takut iaitu Perasaan takut akan Allah yang Maha Esa Pencipta Sekalian Alam, mempercayai dan mengimani segala kewujudannya.
Seseorang yang memiliki sikap ini sering melatah. tanpa berfikiran yang waras merasakan dirinya tercabar. sepatutnya orang yang berfikiran waras mampu berfikir baik buruknya. Orang seperti ini juga pantang dicabar. jangan kita mencontohi bangsa Yahudi. Mereka memiliki sifat angkuh yang tinggi, merasakan bangsa mereka sebaik- baik bangsa di muka bumi Allah ini. Sejarah sifat ego @ angkuh ini bermula setelah Allah perintahkan jin dan malaikat sujud kepada nabi Adam a.s tetapi iblis enggan untuk mentaatinya, merasakan ia makluk yang hebat. maka siapa yang memiliki sikap ego yang tinggi mencontihi teladan Iblis.
Antara Faktor menyebabkan ego
1. Ketinggian Ilmu- angkuh dengan pemilikan ilmu yang dipelajari
2. Memiliki Harta yang Banyak- merasakan diri tempat orang untuk memohon sesuatu.
3. Keturunan ternama- Perbezaan darjat ataupun kelas dalam sistem kehidupan.
4. Kebolehan Luar Biasa.
5. Merasakan Diri dalam kalangan Orang Terpengaruh.
6. Merasakan Diri Memiliki segalanya.
Cara hendak merawat sikap ego ini:
1. Mereka perlu sedar bahawa Sifat ini hanya layak kepada Allah S.W.T., makluk tidak
mampu memilikinya sedangkan Allah yang menciptanya.
2. Ego sikap Iblis, Mahukah anda memiliki sifat Iblis ini? Sama2 muhasabah diri.
3. Kembalikan pujian orang kepada Allah S.W.T.
4. Segera beristiqfar
5. Memohon daripada Allah supaya membersihkan jiwa dan hati supaya Allah tidak
membolak balikkan hati ini.
Jadi mulai saat sekarang marilah kita muhasabah diri, memikirkan tentang kehidupan yang akan datang. Jika kita tersasar jauh kembalilah kepadanya kerana sesungguhnya ia menerima taubat hambanya yang sentiasa memohon. marilah kita berfikir sejenak " ego itu ibarat "pakaian" Allah, maka siapa yang memiliki sifat ini, seolah-olah telah merampas pakaian Allah. Sebagai makluk yang dicipta, layakkah kita? dan sanggupkah kita.....
Allah hu a'lam....
No comments:
Post a Comment