tepat 10.00 pagi 16hb 11 2009(isnin). Bondaku dikejarkan ke icu Hospital Tengku Anis Pasir Puteh Kelantan. Manakala aku mendapat berita pukul 11.00 pagi ketika dalam perjalanan ke A Famosa Resort dari Bandar Hilir Melaka. Aku sebenarnya mengikuti rombongan murid ke bandar Melaka selama 2 hari 1 malam.
Setelah mendapat berita tersebut dan telefon acap kali berbunyi menyampaikan khabar ttg bondaku.. hatiku tidak tenang dibuatnya. tengah hari bondaku dikejarkan sekali lagi ke Hospital Kota bharu dari hospital Tengku Anis. Keadaan bondaku semakin kritikal.. hatiku berdegup kencang memikirkan keadaan bondaku.. seminggu sebelum..aku menghubungi bondaku bertanya khabar. pada masa itu bondaku tidak berapa sihat dan demam akibat kepenatan dan ditambahkan pula penyakit sedia ada iaitu penyakit kencing manis dan darah tinggi. bonda memberitahuku darah tingginya mencecah 200 lebih... dan aku nasihatkan supaya mengambil ubat megikut arahan doktor.
Abang aku yang tinggal di seremban datang menjemputku di A Famosa Resort dan terus menghantarku ke kajang. Apabila sampai di kajang pukul 3.30 aku bersiap untuk berangkat pulang ke kelantan untuk melihat keadaan bondaku. sebaik aku keluar dari taman kenari aku dihubungi abangku yang lain mengatakan bondaku telah kembali ke rahmatullah.. bonda..bonda..hatiku memanggil dan aku teruskan memandu dengan linangan air mata. hatiku cukup sebak ketika itu... dan aku berdoa semoga aku sempat melihat bondaku.. aku terus memecut dalam keadaan hujan lebat sepanjang perjalanan.
Tepat 12.30 tengah malam aku selamat tiba di kelantan di Pasir Puteh dan terus naik dan mendapatkan bondaku.. ku kucup muka bondaku sambil hatiku merintih dan sebak. ku doakan dan membaca ayat suci al-qur'an ku sedekahkan pada bondaku tercinta.. Engkaulah mutiara hatiku ibu..tanpamu..aku hilang arah untuk mengadu..
tepat 3.30 pagi, kami adik-beradik memandikan jenazah ibu dan kafankan ibu. dan aku berdoa semoga Allah merahmati dan mengampunkan jenazah bondaku.. tepat waktu subuh kami membawa ke masjid untuk disembahyangkan jenazah bonda. sesudah itu aku mengiringi bondaku ke tanah perkuburan. Aku dan Abang -abang yang lain masuk ke liang lahad untuk menyambut jenazah bonda dari atas. dan kami meletakkan bonda perlahan-lahan ke tanah untuk disemadikan buat selama-lamanya...
kami sedih dan sebak, hatiku hanya berserah pada Allah semoga Allah merahmati dan menyayangi bondaku.. Ya Allah ampunilah dosa-dosa ke dua-dua orang tuaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka meyayangiku semasa aku kecil hingga dewasa. amin..amin..Ya Rabbal 'alamin. al-fatihah.
No comments:
Post a Comment