Jawab Ucapan Salam Wajib Hukumnya

Sunday, November 22, 2009

Bondaku Dijemput Ilahi

tepat 10.00 pagi 16hb 11 2009(isnin). Bondaku dikejarkan ke icu Hospital Tengku Anis Pasir Puteh Kelantan. Manakala aku mendapat berita pukul 11.00 pagi ketika dalam perjalanan ke A Famosa Resort dari Bandar Hilir Melaka. Aku sebenarnya mengikuti rombongan murid ke bandar Melaka selama 2 hari 1 malam.
Setelah mendapat berita tersebut dan telefon acap kali berbunyi menyampaikan khabar ttg bondaku.. hatiku tidak tenang dibuatnya. tengah hari bondaku dikejarkan sekali lagi ke Hospital Kota bharu dari hospital Tengku Anis. Keadaan bondaku semakin kritikal.. hatiku berdegup kencang memikirkan keadaan bondaku.. seminggu sebelum..aku menghubungi bondaku bertanya khabar. pada masa itu bondaku tidak berapa sihat dan demam akibat kepenatan dan ditambahkan pula penyakit sedia ada iaitu penyakit kencing manis dan darah tinggi. bonda memberitahuku darah tingginya mencecah 200 lebih... dan aku nasihatkan supaya mengambil ubat megikut arahan doktor.
Abang aku yang tinggal di seremban datang menjemputku di A Famosa Resort dan terus menghantarku ke kajang. Apabila sampai di kajang pukul 3.30 aku bersiap untuk berangkat pulang ke kelantan untuk melihat keadaan bondaku. sebaik aku keluar dari taman kenari aku dihubungi abangku yang lain mengatakan bondaku telah kembali ke rahmatullah.. bonda..bonda..hatiku memanggil dan aku teruskan memandu dengan linangan air mata. hatiku cukup sebak ketika itu... dan aku berdoa semoga aku sempat melihat bondaku.. aku terus memecut dalam keadaan hujan lebat sepanjang perjalanan.
Tepat 12.30 tengah malam aku selamat tiba di kelantan di Pasir Puteh dan terus naik dan mendapatkan bondaku.. ku kucup muka bondaku sambil hatiku merintih dan sebak. ku doakan dan membaca ayat suci al-qur'an ku sedekahkan pada bondaku tercinta.. Engkaulah mutiara hatiku ibu..tanpamu..aku hilang arah untuk mengadu..
tepat 3.30 pagi, kami adik-beradik memandikan jenazah ibu dan kafankan ibu. dan aku berdoa semoga Allah merahmati dan mengampunkan jenazah bondaku.. tepat waktu subuh kami membawa ke masjid untuk disembahyangkan jenazah bonda. sesudah itu aku mengiringi bondaku ke tanah perkuburan. Aku dan Abang -abang yang lain masuk ke liang lahad untuk menyambut jenazah bonda dari atas. dan kami meletakkan bonda perlahan-lahan ke tanah untuk disemadikan buat selama-lamanya...
kami sedih dan sebak, hatiku hanya berserah pada Allah semoga Allah merahmati dan menyayangi bondaku.. Ya Allah ampunilah dosa-dosa ke dua-dua orang tuaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka meyayangiku semasa aku kecil hingga dewasa. amin..amin..Ya Rabbal 'alamin. al-fatihah.

Tuesday, November 10, 2009

Kelantan tewas 1-3 Kepada Negeri Sembilan

Itulah adat permainan, ada yang kalah dan ada yang menang. Yang kalah jangan kecewa dan berputus asa serta menghukum,
manakala yang menang jangan sombong dan mendabik dada kerana bola itu bulat.

Kemenangan tidak selalu bersama kita walaupun kita telah merancang, berusaha bersungguh-sungguh kerana yang terjadi semuanya dengan izin Allah... renungkanlah saudara bahawa Dunia ni Allah ciptakan hanya tempat persinggahan yang sementara.

Beramallah dengan ilmu dan bertaqwa dengan pakaian keimanan semoga jiwa kita tidak dikawal oleh emosi dan marah. Tenangkan diri, muhasabah kekurangan dan kesilapan, maksiat dijauhkan..berusaha dan berdoa.

InsyaAllah hidup kita akan tenang dan bahagia. lupakanlah dendam di antara kita jalinkan ukhuwwah persaudaraan Islam, jernihkanlah suasana dan ambillah yang jernih serta buangkan yang keruh dalam pergaulan seharian kita sementara kita masih bernyawa.. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan jangan engkau abaikan kami walaupun sesaat jua... amin..amin Ya Rabbal 'alamin.

Sunday, November 1, 2009

Cuti Hujung Minggu









Semalam tanggal 1hb November 2009 (Ahad). Selepas mengambil sarapan pagi, saya dan keluarga keluar menuju ke Zoo Negara Kuala Lumpur. Kami bertolak dari rumah pada pukul 10.30 pagi dan sampai di sana tepat pada pukul 11.05 pagi. apabila sampai serta terus meninjau keadaan sekeliling dan meninjau bayaran parking kereta dan di dapati mencecah RM4.20 sehari.

Seterusnya kami ke kaunter tiket untuk masuk ke dalam melihat binatang-binatang yang terdapat di dalamnya. harga masuk seorang dewasa RM20.00 dan harga seorang kanak-kanak berumur 3 tahun sehingga 12 tahun berharga RM6.00 serta kamera video jika dibawa masuk dikehendaki membayar rm15.00. Setelah selesai membayar untuk 2 orang dewasa, 1 kanak-kanak serta kamera video maka barulah kami dibenarkan masuk. apabila masuk betapa indahnya kedengaran suara burung-burung berkicauan yang dapat didengari melalui pembesar suara sahaja..

Tempat pertama kami lawati adalah tempat ular sawa batik.. seandainya mahu bergambar dengannya dikehendaki membayar RM15.00. Tetapi kami hanya melihat dari jauh sahaja..kerana melihat saiz ularnya yang besar..terasa geli untuk memegangnya.. seterusnya kami dapat melihat Zirafah. Sekali tengok macam patung kerana tak bergerak.. tetapi rupanya betul-betul punya... tingginya, besar dan cantik. sebelahnya pula ditempatkan Gajah. Ya Allah.. besarnya gajah ini.. gajah ini dirantaikan kakinya supaya tidak terlepas.

Seterusnya kami ke tempat Bird House. dalam perjalanan ke big house, kami bertemu dengan burung Emu, binatang ini nampak agresif sedikit, mungkin ia terasa terancam dengan kehadiran tetamu yang mereka tidak kenali..he..he.. kemudian kami juga bertemu dengan binatang yang bernama Kanggaru.. nampaknya tak payah ke Australia selepas ini.. jinak aje binatang ini.seterusnya kami ke tempat kijang, rusa, seladang, singa, harimau belang, harimau bintang, monyet, unta dan reptilia yang lain.

Setelah penat berjalan.. kami berhenti untuk membeli makanan. Anak-anak hendakkan makanan ringan lalu saya belikan.. saya membeli dua makanan ringan untuk along dan adik. harga RM4.50 setiap satu.

Terdetik di hati saya..betapa mahalnya harga makanan di dalam Zoo Negara. Seandainya dibandingkan dengan kedai runcit di luar harga hanya RM1.80 sahaja. itulah hakikat manusia yang terlalu menekan dan mengambil kesempatan ke atas manusia yang lain. Apa tidaknya, parking kereta perlu dibayar, masuk ke dalam zoo pun kena bayar, nak bergambar pun kena bayar, bawa kamera pun kena bayar, nak makan pun harga 3 kali ganda beza. Air tin harga rm2.50 sehingga RM3.00 satu. Kalau difikirkan atas alasan apa yang menyebabkan mereka menjual mahal. mungkin sewa tempat mahal, atau saje nk ambil kesempatan agar dapat untung besar. Wallaahu a'lam.

Kami berada di dalam Zoo sehingga jam 2.00 petang. itu pun terasa penat kaki melangkah.. selama 4 jam berjalan... namun hati terasa puas kerana dapat melihat pelbagai jenis binatang yang belum pernah dilihat sebelum ini di depan mata. kami sekeluarga bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk melihat kecantikan makhluk-makhluk ciptaanNya. Isteri dan anak-anak gembira dan tersenyum puas... Syukur Al-hamdulillah.

Harapan saya, ambillah peluang untuk bercuti dan berhati-hati dengan golongan yang suka mengambil kesempatan di atas kesempitan kita..

















Sunday, October 25, 2009

Muhasabah Diri


Takut Kepada Allah


Maksud sebuah Hadis. Dari Rasulullah SAW, baginda bersabda :

" Sesungguhnya Allah menciptakan Malaikat. Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ke tujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah Arasy. Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur. Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohonkan keampunan bagi orang tersebut sampai hari Kiamat."


Setengah hukama mengatakan, "keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan. Keselamatan roh pada sedikitnya dosa. Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada 'Khairil Anam' (Muhammad SAW)".


Allah SWT berfirman : maksudnya,

"Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah, Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok (hari Kiamat). Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan".

(surah al-hasyr:18)


Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk, taat atau maksiat. Bahkan, seluruh anggota badan akan menjadi saksi. Bumi menjadi saksi bagi orang mukmin dan zahid, sambil berkata : "Dia telah bersolat, berpuasa, berhaji dan berjihad di atasku." Maka legalah orang Mukmin dan zahid itu. Bumi juga menjadi saksi ke atas orang Kafir dan orang derhaka sambil berkata : "Dia atasku dia telah Musyrik, berzina, minum arak dan makan makanan haram." Bumi akan membantah dan menjadi saksi ketika manusia cuba mengelak tuduhan ke atasnya apabila dihisab oleh Allah di Akhirat.


Semoga kita mengambil iktibar dan muhasabah diri masing-masing serta cuba memperbaiki amalan masing-masing selagi kita masih bernyawa hingga akhir hayat...


Allahu a'lam.

Tuesday, October 20, 2009

Renungan Untuk Kita

Siapa merak siapa pipit... persoalannya disini mengapa sering timbul membesarkan diri. Mengapa kita berdabit dada dengan apa yang kita miliki. Mengapa kita sering memandang serong kepada orang lain. Adakah kita memiliki sesuatu menyebabkan timbul perasaan sedemikin. Mengapa juga kita sering bercakap yang kita mampu segalanya... sedangkan kita tidak mampu untuk mencapai sesuatu.

Jika kita renung dan ingat kembali nasihat Lukman kepada anaknya sudah pasti kita akan tunduk dan merenung semula diri yang penuh dengan kehinaan ini. Ini merupakan nasihat Lukman kepada anaknya: " dan janganlah kamu memalingkan wajahmu daripada manusia (kerana sombong dan bongkak) dan janganlah berjalan di muka bumi ini dengan angkuh. sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang- orang yang sombong dan membanggakan diri".

kesilapan yang lalu boleh diperbetulkan. Jgn kita rasa kita tidak mampu membuangkan sikap mazmumah ini. sikap yang dibenci dan terkutuk ini. Sikap ego juga sering berangkaian dengan sikap sombong ni. Melalui sikap sombonglah akan melahirkan sikap ego ataupun kibr ini. Apabila sikap ego menyelubungi diri, nasihat siapa pun tidah mahu didengar lagi, merasakan diri merak sedangkan ia pipit, walaupun merak lawa, cantik ia tidak mampu terbang tinggi mcm si pipit. begitulah juga nafsi yang ada kekurangan dan kelemahan masing2.

Yang lemah sebenarnya kita boleh tampung dengan nasihat orang lain bukan seperti kita membutakan mata dan memekakkan telinga sahaja. Sikap merak jga boleh kita kaitkan dengan sikap ego yang tinggi merasakan diri sendiri sahaja yang betul. Hati mahu, perasaan menutup rasa itu jadinya egois. mengapa kita membiarkan sikap ego ibu segala mazmumah menguasai diri.

Sebenarnya kita tanamkan di dalam jiwa ataupun kalbu perasaan takut iaitu Perasaan takut akan Allah yang Maha Esa Pencipta Sekalian Alam, mempercayai dan mengimani segala kewujudannya.

Seseorang yang memiliki sikap ini sering melatah. tanpa berfikiran yang waras merasakan dirinya tercabar. sepatutnya orang yang berfikiran waras mampu berfikir baik buruknya. Orang seperti ini juga pantang dicabar. jangan kita mencontohi bangsa Yahudi. Mereka memiliki sifat angkuh yang tinggi, merasakan bangsa mereka sebaik- baik bangsa di muka bumi Allah ini. Sejarah sifat ego @ angkuh ini bermula setelah Allah perintahkan jin dan malaikat sujud kepada nabi Adam a.s tetapi iblis enggan untuk mentaatinya, merasakan ia makluk yang hebat. maka siapa yang memiliki sikap ego yang tinggi mencontihi teladan Iblis.

Antara Faktor menyebabkan ego

1. Ketinggian Ilmu- angkuh dengan pemilikan ilmu yang dipelajari
2. Memiliki Harta yang Banyak- merasakan diri tempat orang untuk memohon sesuatu.
3. Keturunan ternama- Perbezaan darjat ataupun kelas dalam sistem kehidupan.
4. Kebolehan Luar Biasa.
5. Merasakan Diri dalam kalangan Orang Terpengaruh.
6. Merasakan Diri Memiliki segalanya.

Cara hendak merawat sikap ego ini:

1. Mereka perlu sedar bahawa Sifat ini hanya layak kepada Allah S.W.T., makluk tidak
mampu memilikinya sedangkan Allah yang menciptanya.
2. Ego sikap Iblis, Mahukah anda memiliki sifat Iblis ini? Sama2 muhasabah diri.
3. Kembalikan pujian orang kepada Allah S.W.T.
4. Segera beristiqfar
5. Memohon daripada Allah supaya membersihkan jiwa dan hati supaya Allah tidak
membolak balikkan hati ini.

Jadi mulai saat sekarang marilah kita muhasabah diri, memikirkan tentang kehidupan yang akan datang. Jika kita tersasar jauh kembalilah kepadanya kerana sesungguhnya ia menerima taubat hambanya yang sentiasa memohon. marilah kita berfikir sejenak " ego itu ibarat "pakaian" Allah, maka siapa yang memiliki sifat ini, seolah-olah telah merampas pakaian Allah. Sebagai makluk yang dicipta, layakkah kita? dan sanggupkah kita.....

Allah hu a'lam....

Jika Allah Maha Pengasih.. Kenapa Disediakan Neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah Negara 1 Malaysia di Negeri Kelantan, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturanmajlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengarnasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerentimasuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz."Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

dipetik hasil coretan AdiProper@WangCyber.com

Thursday, October 15, 2009

Hari bersejarah bagi adik bongsuku..


pagi ini, 15hb oktober 2009. saya telah pergi ke KLIA untuk menghantar adik bongsu saya melanjutkan pelajaran ke Timur tengah (Mesir) dalam mencari dan mendalami ilmu agama. walaupun hari ini hari bekerja, namun saya mengambil keputusan untuk meraikan pemergian adik saya dengan mengambil cuti rehat saya yang masih ada. oleh sebab pemergiannya mengambil masa 4 tahun untuk menamatkan pengajiannya..saya mengambil kesempatan ini untuk bersua dengan memberi kata-kata semangat dan bermaafan sementara diberi kesempatan waktu oleh Ilahi. dia merupakan wakil yang kedua dan terakhir dari keluarga kami melanjutkan pengajian di Timur tengah walaupun sebelum ini saya juga berpeluang melanjutkan pejaran ke Timur tengah pada tahun 1999 namun saya menolak kerana hati saya terlalu sayangkan Malaysia untuk ditinggali pada saat itu. namun saya berbangga dengan adik saya kerana setelah banyak kali saya dan abang-abang yang lain memberi semangat kepadanya supaya menyambung pelajaran ke sana akhirnya dia gunakan peluang dan kesempatan ini untuk terbang jauh menuntut ilmu.. terima kasih Ya Allah kerana Engkau bukakan hatinya untuk berjihad menuntut ilmu di bumi Anbiya'.

Thursday, October 8, 2009

Ahlan wasahlan wa marhaban bikum to my blog

terima kasih kerana melayari blog saya